Wednesday, 13 March 2013

Peranan kelab pengguna PSA kepada komuniti setempat


InsyaAllah kelab pengguna Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) akan membantu komuniti setempat bagi mendapatkan maklumat-maklumat tentang pengguna, isu-isu pengguna, hak-hak pengguna dan sebagainya yang berkaitan dengan pengguna...
Kami akan cuba mendapatkan info-info terkini :)

nak tahu khasiat buah-buahan tempatan??

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini, pengguna merasakan bahawa harga barangan, khususnya barangan makanan mengalami kenaikan harga. Barangan makanan penting untuk keperluan hidup dan proses tumbesaran. Oleh itu, pelbagai jenis nutrien diperlukan untuk memastikan tubuh badan kuat dan sihat. Sekarang mari kita lihat apakah khasiat yang terdapat dalam buah-buahan tempatan :)

PISANG:

  •  sumber tenaga dengan segera
  • membantu untuk mengatasi masalah sembelit
  • mengandungi triptofan, iaitu sejenis protien yang akan diubah oleh badan menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan gembira :D

BETIK :


  • mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar.
  • mengandungi antioksidan.
  • kaya dengan papain, sejenis enzim yanag baik untuk pencernaan
  • baik untuk jantung
  • membantu dalam pemulihan luka

JAMBU BATU :

  •  untuk mengubati masalah sembelit
  • berkesan dalam menurunkan kolestrol dan tahap glukosa dalam darah
  • antioksidan yang berkesan
  • dapat membaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit
  • jus jambu batu yang mentah dapat membantu melegakan masalah batuk dan selsema.

TEMBIKAI
  • dapat membantu dalam mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat dan penyakit kardiovaskular
  • biji tembikai ialah sumber protein yang baik
  • dapat meningkatkan sistem imun anda supaya anda kurang jatuh sakit
  • kaya dengan dengan vitamin B, yang amat diperlukan untuk menghasilkan tenaga
  • dapat mengawal tekanan darah


NANAS :
  • mengandungi potasium yang tinggi dengan kandungan sodium yang kecil, yang dapat menurunkan tekanan darah
  • melindungi mata daripada menghadapi masalah yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan antioksidan
  •  untuk membina tulang yang sihat
  • membantu untuk meredakan batuk dan mencairkan lendir
  • melindungi badan daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat
  • membantu untuk membina sistem imun badan semulajadi
  • membantu untuk menghalang pembentukan plak pada gigi
sumber : wadah informasi kelab pengguna, keluaran Disember 2012, dengan usahasama KPDNKK dan FOMCA