FOMCA adalah sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan
keuntungan, bukan politik dan pertubuhan sivik. Ia menjadi payung bagi
persatuan pengguna gabungannya. FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan
bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan
maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna.
Keutamaannya bukan sahaja nilai untuk wang tetapi juga nilai
untuk manusia. FOMCA berusaha untuk mempertingkatkan melalui kuasa beli
pengguna, pembangunan berasaskan keperluan yang memastikan keadilan
sosio-ekonomi dan alam sekitar bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik
untuk semua Rakyat.
Objektif FOMCA
FOMCA ditubuhkan dengan tujuan untuk mencapai
objektif-objektif berikut:
- v Untuk memperkuatkan perkembangan pergerakan pengguna di Malaysia.
- v Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak pengguna.
- v Untuk berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu orientasi pembangunan yang akan menjamin keadilan sosio ekonomi dan kualiti alam sekitar yang lebih baik bagi semua.
- v Menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di Malaysia
Falsafah FOMCA
FOMCA bukan hanya sebuah pertubuhan pengguna, tetapi juga
sebuah pertubuhan pembangunan. FOMCA inginkan mewujudkan keadaan-keadaan seperti
berikut:
Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para
pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling Berkesan ialah Perlindungan
Sendiri."
Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada
menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi
mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir.
Peranan FOMCA
·
Demi mencapai falsafah-falsafah di atas, FOMCA
mengamalkan empat pendekatan penting iaitu:
- Sebuah badan yang memberi dan menyebarkan maklumat.
- Sebuah badan pendidik yang memberi pendidikan kepada semua pengguna.
- Sebuah badan bertindak yang memberi perlindungan kepada pengguna.
- Sebuah badan yang menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar
Sejarah FOMCA
Di Malaysia, persatuan pengguna telah ditubuhkan di
peringkat negeri dahulu sebelum bergabung di bawah sebuah pertubuhan di
peringkat nasional. Empat persatuan pengguna yang mula-mula sekali ditubuhkan
ialah:
1 .
Januari 1965 - Persatuan Pengguna Selangor (SCA)
2 .
November 1969 - Persatuan Pengguna Pulau Pinang
(CAP)
3 .
Februari 1971 - Persatuan Pengguna Sarawak (CAS)
4 .
Mac 1971 - Persatuan Pengguna Negeri Sembilan
(CANS)
Pada bulan Aprl 1971, satu mesyuarat telah diadakan di
Cameron Highland untuk membincangkan penubuhan sebuah persatuan gabungan. CAP
telah diberi tugas untuk mengadakan mesyuarat kedua di Pulau Pinang pada bulan
Jun 1971 untuk membuat perancangan akhir penubuhan, tetapi gagal.
Kemudian tiga lagi persatuan pengguna negeri telah
ditubuhkan, iaitu:
1 .
Julai 1971 - Persatuan Pengguna Kedah (CAKE)
2 .
Mac 1972 - Persatuan Pengguna Perak (PCA)
3 .
May 1972 - Persatuan Pengguna Melaka (CAM)
Kemudian satu lagi perbincangan dibuat untuk menubuhkan
sebuah gabungan. Semua pihak bersetuju untuk membentuk sebuah persekutuan yang
longgar tanpa menghilangkan kuasa otonomi persatuan-persatuan pengguna negeri.
Akhirnya lahirlah Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (atau
singkatannya FOMCA) pada 10 Jun 1973 di Alor Setar, Kedah.
Selepas penubuhan FOMCA, persatuan-persatuan pengguna negeri
lain yang ditubuhkan ialah:
1 .
Julai 1973 - Persatuan Pengguna Johor (JCA)
2 .
Ogos 1973 - Persatuan Pengguna Johor (JCA)
3 .
November 1973 - Persatuan Pengguna Pahang (PAC)
4 .
Jun 1976 - Persatuan Pengguna Terengganu (2PTR)
5 .
Ogos 1980 - Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan
(CASH)
Dalam pada itu, FOMCA turut memainkan peranan aktif di
peringkat antarabangsa. Semenjak tahun 1987, FOMCA telah dilantik sebanyak tiga
kali menduduki Lembaga Pengarah Consumers International (CI), iaitu sebuah
pertubuhan pengguna antarabangsa yang mengabungkan 225 buah pertubuhan pengguna
dari 119 buah negara. Pada masa ini FOMCA menganggotai Lembaga Pengarah CI
untuk tempoh sehingga tahun 2003.
Sehingga kini, seramai enam orang menjadi Presiden FOMCA,
iaitu:
1 .
1973 - 1974 - Allahyarham Dato' Mohamed Sopiee
Sheikh Ibrahim
2 .
1974 - 1981 - Encik Tara Singh Gill
3 .
1981 - 1988 - Enck Bishan Singh Bahadur
4 .
1988 - 1991 - Encik Chua Kim Tee
5 .
1991 - 2004 - Prof. Dato' Mohd Hamdan Hj. Adnan
6 .
2004 - Kini - Datuk Marimuthu Nadason
No comments:
Post a Comment