KPDNKK
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), dahulunya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ialah sebuah kementerian Malaysia yang ditubuhkan
pada 27 Oktober 1990 untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri serta
untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna. Menteri KPDNHEP yang
terkini (2009) ialah Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Berikutan daripada
perubahan kepimpinan kerajaan Malaysia kepada Dato' Sri Najib Tun Razak pada
Mac 2009, semenjak 11 Jun 2009, KPDNHEP kini dikenali sebagai Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disebabkan oleh
sektor koperasi negara yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi yang dimansuhkan, diletakkan di bawah kementerian ini.
PERANAN KPDNKK:-
Matlamat penubuhan kementerian adalah untuk menggalak
pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan
pengguna. Antara peranan yang dimainkan oleh KPDNKK ialah menggubal dan
mengkaji dasar dan strategi berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam
negeri dan kepenggunaan; menentukan dan memantau harga barang-barang perlu; dan
melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang perlu. KPDNKK mempunyai misi
untuk mewujudkan suasana pasaran yang kondusif bagi memenuhi permintaan komuniti
perdagangan dalam negeri yang pelbagai dan berbeza serta memacu negara ke arah
mewujudkan masyarakat pengguna yang sedar akan hak mereka sebagai pengguna
serta masyarakat pengguna yang perkasa.
No comments:
Post a Comment