1. sentiasa memberikan maklumat secara jujur. Kemas kini maklumat yang terdapat perubahan seperti alamat tempat tinggal sekiranya kita telah berpindah. Maklumat yang tidak tepat boleh mendatangkan masalah kepada kita kelak.
2. melaporkan sebarang kerosakan atau kecacatan barangan kepada penjual atau pengeluar.Jika penjual tak mahu melayani makluman kita, kemukakan aduan kepada pihak pengeluar. Makluman kita boleh membantu pihak penjual mengenal pasti barangan yang rosak dan memeriksa jika jenis barangan yang sama juga mengalami kerosakan. Makluman kita juga membolehkan pengeluar mengenal pasti masalah berkaitan barangan mereka. Kita juga mendapat gantian barangan yang baru kerana barangan yang rosak dan cacat tidak selamat untuk digunakan.
Begitu juga dengan perkhidmatan yanng digunakan. Aduan tersebut dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan syarikat tesebut sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatannya. Selain itu, kita juga perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan dan badan-badan bukan kerajaan seperti, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia jika mendapati ada kedai yang menjual barangan yang berbahaya. Aduan kita membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penjual yang masih menjual barangan tesebut.
3. melaporkan sebarang penyelewengan. Kita perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pihak yang melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti menyorok barang, menyeludup barang kawalan, tidak meletakkan tanda harga dan sebagainya.
4. melindungi alam sekitar daripada dicemari atau dimusnahkan. Kita perlu prihatin terhadap sebarang kegiatan yang mencemarkan alam sekitar seperti pembakaran terbuka. Kegiatan mencemarkan alam sekitar ini merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pemanasan global. Laporkan kepada pihak yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar jika kegiatan yang mencemarkan alam sekitar berlaku di kawasan kita :)
NO PLASTIC BAG
sumber :
wadah informasi kelab pengguna, terbitan oktober 2010, usahasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan FOMCA (edaran percuma)
No comments:
Post a Comment