PISANG:
- sumber tenaga dengan segera
- membantu untuk mengatasi masalah sembelit
- mengandungi triptofan, iaitu sejenis protien yang akan diubah oleh badan menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan gembira :D
BETIK :
- mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar.
- mengandungi antioksidan.
- kaya dengan papain, sejenis enzim yanag baik untuk pencernaan
- baik untuk jantung
- membantu dalam pemulihan luka
JAMBU BATU :
- untuk mengubati masalah sembelit
- berkesan dalam menurunkan kolestrol dan tahap glukosa dalam darah
- antioksidan yang berkesan
- dapat membaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit
- jus jambu batu yang mentah dapat membantu melegakan masalah batuk dan selsema.
TEMBIKAI
- dapat membantu dalam mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat dan penyakit kardiovaskular
- biji tembikai ialah sumber protein yang baik
- dapat meningkatkan sistem imun anda supaya anda kurang jatuh sakit
- kaya dengan dengan vitamin B, yang amat diperlukan untuk menghasilkan tenaga
- dapat mengawal tekanan darah
NANAS :
- mengandungi potasium yang tinggi dengan kandungan sodium yang kecil, yang dapat menurunkan tekanan darah
- melindungi mata daripada menghadapi masalah yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan antioksidan
- untuk membina tulang yang sihat
- membantu untuk meredakan batuk dan mencairkan lendir
- melindungi badan daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat
- membantu untuk membina sistem imun badan semulajadi
- membantu untuk menghalang pembentukan plak pada gigi
sumber : wadah informasi kelab pengguna, keluaran Disember 2012, dengan usahasama KPDNKK dan FOMCA
No comments:
Post a Comment