PERANAN TRIBUNAL
PENGGUNA
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah sebuah badan
bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang fungsi
utamanya adalah mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh
pengguna di bawah Akta Pelindungan
Pengguna 1999 dan tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut.
Sebelum penubuhan
Tribunal, semua pertikaian antara pengguna dan peniaga, pembekal atau pengilang
barang atau pembekal perkhidmatan terpaksa dibawa ke mahkamah sivil yang
mana melibatkan prosedur yang rumit, kos
yang tinggi dan memakan masa panjang. Ini adalah antara beberapa sebab mengapa
pengguna keberatan untuk membuat tuntutan mereka terhadap peniaga, pembekal
atau pengilang barang atau pembekal perkhidmatan yang tidak bertanggungjawab
dan beretika di mahkamah sivil, terutama jika nilai tuntutan yang dituntut
adalah kecil, walaupun sekarang telah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap
negeri untuk mendengar tuntutan tidak melebihi RM5,000.00.
Memahami keadaan ini,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran
alternatif selain mahkamah sivil untuk pengguna
menuntut gantirugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang
dibekalkan daripada peniaga atau pembekal perkhidmatan dengan cara yang MUDAH
MURAH dan CEPAT.
No comments:
Post a Comment