Inflasi adalah suatu keadaan ekonomi dimana berlakunya kenaikan harga bagi barang dan perkhidmatan yang berterusan akibat beberapa faktor seperti permintaan yang tinggi berbanding pengeluaran dan peningkatan kos penghasilan barangan.

TIPS BERBELANJA ATASI INFLASI
- berdisiplin merancang perbelanjaan
- membuat simpanan pada awal bulan
- selaraskan semua perbelanjaan mengikut kategori.
- cari alternatif untuk meminimumkan perbelanjaan
- membeli atau menggunakan jenama yang lebih murah
- membeli barangan buatan Malaysia
- membuat perbandingan harga
- semak iklan-iklan pasaraya di akhbar untuk baut perbandingan dengan harga yang ditawarkan ditempat lain bagi mendapatkan harga yang terbaik
- berbelanja mengikut keutamaan
- merancang perbelanjaan mengikut keperluan
- ambil peluang pada perkhidmatan atau barangan percuma seperti bersenam di gimnasium pejabat.
- menaiki pengangkutan awam atau berkongsi kereta ke tampat kerja
- cuba untuk menggunakan pengangkutan awam tiga kali seminggu untuk ke tempat kerja
- berhibur bersama keluarga secara sederhana

No comments:
Post a Comment